National Review memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang sarat dengan skeptik dan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.
Ironisnya, kerajaan Malaysia sebelum ini menganugerahkan tokoh Maal Hijrah 1431H kepada Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi pada tahun 2009. Kemudiannya, pada hari ini, Perdana Menteri Kerajaan Malaysia sendiri menuduh dan mengutuk ulama' rujukan dunia Islam didikan Ikhwan Muslimin itu di satu persidangan yang berlangsung di Turki.
Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk bekerjasama dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai sayap yang amat kukuh di seluruh dunia.
Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Dato' Seri Najib. Begitu juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menggesa PM bertaubat dan mencabar Malaysia menarik balik anugerah Maal Hijrah yang telah dikurniakan kepada Syeikh Al-Qaradhawi.
Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara terpanggil untuk mengambil sikap dan menegur Perdana Menteri. Syeikh Yusuf Al-Qaradhaqi yang terbukti menjadi rujukan intelektual Islam seluruh dunia adalah idola kepada semua muslim seantero dunia. Masyarakat mahasiswa di luar negara terutamanya di Asia Barat dan Timur Tengah cukup menyanjungi ketokohan Syeikh Yusuf. Tidak ketinggalan masyarakat mahasiswa di eropah yang begitu teruja dengan ijtihad dan pandangan Syeikh Ysusf terhadap Fiqh Minoriti untuk kawasan bercuaca ekstrim di hujung dunia.
Tambahan pula, pandangan Perdana Menteri cukup dianggap terpencil dan menongkah arus kebangkitan rakyat dan dianggap cenderung kepada dasar luar ekstrem di Amerika Syarikat dan Israel. Kenyataan itu juga membuka pekung di dada yang menonjolkan kecurigaaan PM terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai pergerakan poltik dan semakin berpengaruh di mata dunia.
Justeru, GMMLN menggesa Dato' Seri Najib Razak menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi secara terbuka. Perdana Menteri juga disarankan untuk memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia, kerana tindakan beliau turut mengguris dan melukakan hati seluruh umat Islam.
Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara
2011 : Tahun Inovasi Mahasiswa Luar Negara.

salam..sy rs PM kt dah byk 'termakan' idea dan fahaman barat especially kuasa yg tegar mengecam Islam dn menganggap Islam sbg satu ancaman dunia kini.wallahualam
ReplyDelete