Pages

Dato' Saifuddin Abdullah | Timbalan Menteri KPT

Dato' Saifuddin Abdullah | Timbalan Menteri KPT

Thursday, January 27, 2011

GMMLN Kecewa, Bekas Menteri Tidak Profesional


Presiden MCA Dato’ Seri Chua Sua Lek dipetik, secara sindiran mempersoal cara Normala dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalaman di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini."

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” Dr Chua dilaporkan mengeluarkan sindiran sinikal sebegitu kepada Calon PAS.

Sehubungan dengan itu, maka secara rasminya GMMLN melahirkan rasa kesal dan kecewa berikutan kenyataan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang mempertikai cara calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Cikgu Normala baru-baru ini.

GMMLN berpendapat bahawa cara orang Islam bersalam tidak wajar dipolitikkan untuk dijadikan modal kempen dalam PRK kali ini. Beliau (Dato' Chua Soi Lek) selaku bekas menteri kesihatan sepaptutnya lebih profesionla dan tidak menggunakan kaedah serangan peribadi, apatah lagi untuk memperlekahkan kepercayaan agama orang lain. Beliau seharusnya menghormati kepercayaan agama lain khususnya Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan.

Beliau juga perlu menyedari akan tahap maruah sendiri sebelum mempersoalkan maruah Cikgu Mala. Dr Chua pernah terlibat dan mengaku yang beliaulah lelaki yang sedang melakukan hubungan seks dalam rakaman dvd awal 2008. Beliau sebaliknya tidak memohon maaf kepada khalayak ramai atas kesalahan yang amamt memalukan itu sedangkan beliau adalah pimpinan MCA dan Menteri Kesihatan Malaysia.

Islam mengajar penganutnya untuk menghormati penganut agama lain dengan tidak menggadaikan prinsip dan hukum-hukum Islam yang telah ditetapkan. Keengganan calon PAS, Normala Sudirman bersalam dengan lelaki sebenarnya merupakan satu mesej yang baik kepada masyarakat khususnya kepada Non-Muslim berkenaan larangan bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

GMMLN juga amat terkilan dengan perkara ini. Konsep 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan rupanya masih belum dapat dihadamkan dengan baik oleh pihak kerajaan sendiri.

GMMLN
Kenyataan Rasmi
26 Jan 2011

No comments:

Post a Comment