Pages

Dato' Saifuddin Abdullah | Timbalan Menteri KPT

Dato' Saifuddin Abdullah | Timbalan Menteri KPT

Thursday, January 27, 2011

GMMLN Bantah Pinda PPPA


Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN] menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini dan menganggap langkah itu sebagai "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Pada pandangan Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN], tindakan ini adalah hasil kebangkitan rakyat, terutamanya mahasiswa dan generasi muda yang telah terbuka horizon minda mereka lalu bertindak mengkritik dan mempersolkan tindakan kerajaan dan akhirnya menolak kerajaan yang sedia ada sekarang dan memberi sokongan kepada pembangkang.

Sehubungan itu Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN] meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN] menasihati dan memberi cadangan serta menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas. Akar demokrasi di Malaysia tidak patut diragut. Adalah lebih utama kepada KDN untuk menyekat laman porno yang begitu berleluasa dan telah terbukti membawa kesan yang amat negatif kepada rakyat Malaysia.

Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN] turut menasihati KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media. Kesilapan pihak kerajaan dalam menangani media akan memberi kesan buruk kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN]
Kenyataan Media Rasmi
27 Jan 2011

No comments:

Post a Comment