Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara [GMMLN] mengucapka tahniah kepada barisan Pro-Mahasiswa semua kampus di Malaysia. Tranformasi politik kampus 2011 menunjukkan prestasi Pro-Mahasiswa jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan menawan kampus-kampus utama pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Pro-Mahasiswa kini menjadi kerajaan di Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.
Transformasi kesedaran politik yang berlandaskan K-politic di kalangan generasi mahasiswa menjadi petanda penting, akan berlakunya transformasi ke dalam dunia politik negara. Politik nilai dan politik ilmu mahasiswa pada hari ini akan menetukan nasib negara pada masa akan datang.
GMMLN juga turut menyokong kenyataan GAMIS untuk tidak mengaitkan kemenangan mahasiswa dengan parti politik. Minda besar mahasiswa tidak patut untuk hanya terikat dan hanyut dengan arus politik semasa. Bahkan, mahasiswa akan menjadi pengimbang dan penentu kepada politik semasa di Malaysia.
Neraca mahasiswa bukanlah pada lambang dan moto parti politik dalam negara sama ada pada BN atau PR, tetapi berdasarkan kualiti khidmat, dasar keadilan, ketelusan dan kesaksamaan yang dijunjung.
Justeru, untuk menjamin peranan tersebut, mahasiswa juga perlu berpencak di medan masyarakat, bukan hanya rancak di pentas politik mahasiswa lalu terlupa untuk menunaikan hak rakyat Malaysia dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih kepada SPR. Terlupa untuk melakukan perkara tersebut menjadikan usaha kita selama ini hampir sia-sia.
Justeru, untuk menjamin peranan tersebut, mahasiswa juga perlu berpencak di medan masyarakat, bukan hanya rancak di pentas politik mahasiswa lalu terlupa untuk menunaikan hak rakyat Malaysia dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih kepada SPR. Terlupa untuk melakukan perkara tersebut menjadikan usaha kita selama ini hampir sia-sia.
Sekalung tahniah untuk kalian di tanah air Malaysia yang tercinta.
~ Kalian adalah inspirasi kami ~
Gabungan Mahasiswa Malaysia Luar Negara
2011 : tahun inovasi GMMLN

No comments:
Post a Comment