Bas meluncur laju membelah sahara. Perjalanan yang dijangka bertolak jam 9 pagi seperti biasa; janji melayu dan arab. Barangkali sengaja memberi kami peluang menambahkan pendapatan bulanan tauke Hamzah serta menghirup debu 'segar' di hadapan masjid syuhada'. Mata terkebil-kebil menahan mengantuk lantaran semalam beberapa taklifat perlu diselesaikan sebelum bermusafir hari ini. Usai melangkah ke dalam bas , perut berkeroncong diisi ; breakfast tajaan ydpah KMKJ. Baru sahaja kepala ingin diletakkan , adik-adik mula membuka kata. Dihujani dengan pelbagai persoalan fiqh safar, masuk pula kepada wasiat seorang senior kepada junior diakhiri dengan beberapa soalan fiqh dakwah. Barangkali adik-adik ini masih 'terkejut' dengan masyarakat disini. Wanda yang sibuk ditaaruf, Masyitah Majid yang becok bertanya lagi peramah, Fatimah Mokhtar yang sesekali mencelah, k Mahfuzah yang sudah ribuan kilometer dibawa ke Malaysia dalam mimpinya, aisyah ramli yang begitu galak bertanya soalan-soalan fiqh, tak lupa buat cik ydpah KMKJ dan teman setianya k teha menjadikan suasana hidup & lebih berharga daripada tidur .
Melalui hari pertama & hari kedua kami banyak berdiskusi. Membincangkan setiap pengisian yang kami dapat dengan perbincangan yang matang dan sihat daripada kacamata seorang mahasiswa. Perlu difahami apabila sesuatu agenda atau dasar itu dibawa oleh kerajaan, kebiasaannya ia bersifat serampang dua mata. Pertamanya , dasar-dasar yang bersifat untuk membangun dan memajukan negara dan keduanya bersifat sebagai manisfesto untuk mengekalkan kuasa politik parti masing-masing. Walaubagaimanapun saya lebih berminat untuk melihatnya daripada perspektif yang pertama iaitu dasar yang membangun dan memajukan negara ( kerana saya seorang mahasiswa).
Alhamdulillah , kami dihidangkan dengan penceramah yang berlatarbelakang berbeza, ahli akademik; Prof Redzuan Othman sahabat seangkatan ayah saya di Edinburgh, Prof Dr Yusof, Pengarah institut Islam Hadhari merangkap suami penyelia petang sekolah rendah saya, saudagar dan jutawan besi Datuk Sharif, Tuan Zainul Rijal , Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan tak lupa buat Dato' Dr Mashitah Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
In a nut shell, apa yang boleh saya simpulkan :-
1) Kesilapan yang besar apabila sesetengah mahasiswa menyempitkan pemikiran dan minda mereka; memekakkan telinga sebelum mendengar penjelasan dan penerangan walaupun ia datang daripada mereka yang berbeza pandangan. Kesilapan yang besar juga apabila mahasiswa menerima 'bulat-bulat' setiap yang diperkatakan tanpa menapis apa yang baik & buruk. Jadilah mahasiswa yang matang dan cerdik dalam setiap percakapan dan tindakan.
2) Kita mahasiswa berpencaklah atas pentas siswa dengan matang dan sihat. Mahu mengkritik??Ada adabnya..Mahu mengeluarkan pendapat?? Ada caranya .Semuanya sudah diajar oleh Islam. Jangan menjatuhkan identiti kita sebagai seorang mahasiswa ISLAM dengan bertindak sembrono & kurang adab dengan orang lama walaupun mereka tidak sependapat dengan kita.
3) Kesilapan besar juga apabila sesetengah pihak suka mengklasifikasikan mahasiswa semborono serta mempunyai pemikiran yang sempit (baca dengan mikro management) ..Apabila mereka lantang bercakap soal Islam & mengkritik. Perlukan mereka dituduh sebagai penentang…Juga sekiranya lantang bercakap soal negara & semangat kebangsaan. Adakah bermakna mereka teguh mendokong aspirasi kerajaan?
Waduh-waduh.. Bina minda dan buka mata, tadah telinga biar tembus ke telinga...
SIAPA KITA?
Kita mahasiswa; mendukung agenda & matlamat ISLAM. Kita pendokong HAK & menolak sebarang KEBATILAN..
SEKAT MAHASISWA?
Mahukah kita melahirkan bakal pemimpin yang hanya dicucuk hidung mengikut arus.Bunuhlah idealisme mahasiswa kalu rasa mereka menyusahkan. Namun, jangan lupa mereka juga bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Mereka juga penentu halatuju masa depan Negara. Jasad mereka boleh dipenjara tetapi minda mereka TIDAK!! Kan digergaji jeriji-jeriji besi dengan semangat & darah anak muda…
Akhir kata..
Mengkritik tidak bermakna menentang,
Memuji tidak semestinya menyokong,
Berselisih pendapat adalah buah fikir yang baik
Renung-renungkan…
Fikir-fikirkan…
p/s : Trima kasih dua beradik Ummi Kalsom & Hidayah Ismail yang menjadi teman sebilik sepanjang MBO. Teringat bisikan terakhir cikgu penyelia petang saya Puan Hasnah Hussin apabila saya mengatakan semester depan adalah semester terakhir saya. Biarlah ia menjadi rahsia antara kami berdua. Terima kasih cikgu !! opps...lupa...SAYA SAYANG MALAYSIA...:)
BILIK 310, HOTEL PALMYRA
26 Disember 2010
Penulis :
Nur Al-Farhain Binti Kamaruzzaman
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah PERMATA

No comments:
Post a Comment